Projek Baru Di Dengkil: LBS Cybersouth

LBS Cybersouth - LBS Cybersouth

Di Dengkil, sebuah lokasi yang giat dibangunkan, sebuah projek perumahan yang baru sedang dibina. LBS Cybersouth atau nama komersialnya, KITA @ Cybersouth, adalah sebuah projek yang diusahakan oleh LBS Bina. Sambung membaca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang kawasan perumahan ini dan juga pemajunya.

Siapakah LBS Bina?

LBS Bina adalah nama yang dikenali ramai dalam industri pemaju dan pembangunan. Dengan pengalaman selama 20 tahun mengurus projek perumahan berkualiti yang berteraskan komuniti, LBS Bina adalah pemaju yang boleh dipercayai untuk menyampaikan produk dan servis bermutu tinggi dan menyokong pembangunan hidup keluarga dan komuniti. Projek-projek terdahulu LBS Bina termasuk Bandar Saujana Putra, LBS Alam Perdana di Puncak Alam dan Skylane Residences di Puchong.

Kita @ Cybersouth: Pembangunan Dinamik di Dengkil

LBS Cybersouth - LBS Cybersouth

Dibina di atas Tanah Rizab Melayu seluas 633 ekar, KITA @ Cybersouth adalah sebuah pembangunan yang dinamik. Kawasan perumahan yang berpagar dan berpengawal ini adalah sebuah kawasan perumahan yang ideal; jauh dari kesibukan dan kesesakan kota raya, tetapi hampir dengan Putrajaya dan lengkap dengan fasiliti dan kemudahan seperti kemudahan bersukan, taman permainan, kolam renang dan lain-lain.

Rumah-Rumah di KITA @ Cybersouth

KITA @ Cybersouth menawarkan pelbagai jenis rumah, sesuai buat semua lapisan masyarakat Malaysia. KITA Bayu dan KITA Harmoni adalah rumah teres bertingkat dua menjadi pilihan baik buat keluarga yang membesar.

Selain itu, pangsapuri perkidmatan seperti KITA Impian dan KITA Muda membenarkan orang atau pasangan muda untuk mendapatkan rumah pertama yang selesa dengan komuniti yang dinamik. Kita @ Cybersouth juga menawarkan rumah bandar yang indah rupanya sebagai solusi perumahan yang menarik.

Kesimpulan

Jadilah sebahagian dari komuniti bersatu KITA dan nikmati gaya hidup aktif selamat dan berinteraksi. Rapatkan jarak dengan mereka yang boleh anda bergantung sepenuhnya untuk apa jua.

Dikelilingi dengan pelbagai kemudahan kejiranan dan pusat pentadbiran kerajaan, KITA merangkumi seluruh keselesaan kehidupan bandar dan melengkapi gaya hidup anda. Ketahui dengan lebih lanjut dengan melayari laman web ini https://www.lbscybersouth.com.my/